MALAYSIA
Seorang maut, enam hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih - Bomba Sabah
Keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Seorang maut, manakala enam masih hilang dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Cenderakasih di sini pagi ini.
Ringkasan AI
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah ketika dihubungi memberitahu keseluruhan sebanyak 11 mangsa terlibat dalam kejadian itu, empat daripadanya berjaya menyelamatkan diri.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada 10.02 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lintas tiba ke tempat kejadian pada 10.24 pagi.
"Seorang mangsa dijumpai meninggal dunia oleh pasukan penyelamat. Mangsa yang meninggal dunia disahkan oleh pegawai perubatan di lokasi. Identiti semua mangsa sedang dikenal pasti dan akan dikemas kini selepas ini," katanya.
Orang ramai tidak digalakkan ke tempat kejadian pada masa ini kerana kawasan itu masih berbahaya dan penduduk dinasihat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang maut, enam masih hilang dalam tanah runtuh di Kampung Cenderakasih, Sabah pagi ini, melibatkan 11 mangsa keseluruhan.
- Empat mangsa berjaya selamatkan diri, manakala pasukan bomba tiba di lokasi pada 10.24 pagi dan sedang jalankan operasi SAR.
- Orang ramai dinasihat elak kawasan kejadian kerana masih berbahaya; identiti mangsa sedang dikenal pasti.