awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, puluhan cedera dalam rempuhan kereta api

Agensi
Agensi
15/07/2020
09:30 MYT
Seorang maut, puluhan cedera dalam rempuhan kereta api
Pasukan penyelamat wilayah memaklumkan sekurang-kurangnya 35 penumpang dilaporkan cedera, di mana sebilangan mangsa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter. - Gambar REUTERS
Sebuah kereta api penumpang merempuh sebuah kereta api barang dalam kejadian berhampiran ibu negara Republik Czech, mengakibatkan seorang terkorban, manakala puluhan lagi cedera.
Mangsa dilaporkan maut dalam nahas berhampiran stesen Cesky Brod di timur Prague, pada jam 9.30 malam waktu tempatan, pada Selasa.
Pasukan penyelamat wilayah memaklumkan sekurang-kurangnya 35 penumpang dilaporkan cedera, di mana sebilangan mangsa diterbangkan ke hospital menggunakan helikopter.
Dilaporkan kira-kira 100 individu berada di dalam kereta api tersebut.
Menurut pegawai keselamatan kereta api Czech, laluan utama yang menghubungkan ibu negara dengan bahagian timur negara itu dijangka ditutup sehingga tengah hari Rabu (waktu tempatan).
Setakat ini, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian.
Topic Berkaitan
#Czech
#Hospital
#Maut rempuhan kereta api
#Prague
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan