awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar di Telok Panglima Garang

Bernama
Bernama
01/05/2021
15:25 MYT
Seorang maut, tiga cedera tangki minyak terbakar di Telok Panglima Garang
Kejadian kebakaran itu melibatkan dua tangki minyak mentah di kilang Emery Oleo Chemical di kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM : Seorang lelaki warga Indonesia maut manakala tiga lagi cedera ringan apabila dua tangki minyak mentah terbakar di kilang Emery Oleo Chemical di kawasan Industri Telok Panglima Garang hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.36 petang.
“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang, Banting dan Andalas bergegas ke lokasi kejadian.
“Mangsa maut ketika melakukan kerja kimpalan dan akibat letupan, beliau terjatuh dari aras tinggi lebih kurang 10 meter,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mengikut laporan, kebakaran itu menyaksikan dua tangki minyak mentah terbakar sebanyak 50 peratus dan terletak di kawasan kilang berkeluasan 100x100 kaki persegi.
Katanya pemadaman api selesai sepenuhnya pada 6.45 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telok Panglima Garang
#tangki minyak mentah
#terbakar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Emery Oleo Chemical
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan