awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
16/07/2023
14:00 MYT
Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan
Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada Ahad. - Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki maut manakala tujuh yang lain termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Ringlet, Cameron Highlands pada Ahad.
Kemalangan dilaporkan jam 6.57 petang itu melibatkan kereta jenis Proton Waja (teksi), Proton Persona dan sebuah motosikal.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa yang maut dipercayai penumpang kereta jenis Proton Waja manakala pemandunya cedera.
Menurutnya, mangsa lain yang cedera terdiri pemandu (lelaki) dan tiga penumpang termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak yang menaiki Proton Persona.
Turut cedera penunggang dan pembonceng motosikal.
"Lima anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ringlet ke lokasi untuk bantuan menyelamat sejurus menerima laporan berhubung kejadian.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati salah seorang mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Anggota bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nahas tiga kenderaan
#Jalan Ringlet
#Cameron Highlands
#JBPM Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan