awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2024
05:40 MYT
Seorang parah, dua cedera tong gas nitrogen meletup
Mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dalam kejadian letupan gas di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang parah manakala dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas nitrogen di sebuah kilang dekat Kota Kemuning pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.14 pagi.
"Seramai 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat.
"Kejadian melibatkan letupan gas nitrogen ketika ujian tekanan dilakukan pekerja kilang terlibat di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kejadian mengakibatkan tiga individu mengalami kecederaan di mana salah seorang daripadanya dilaporkan kritikal manakala dua lagi mengalami kecederaan ringan.
"Anggota unit Unit Khas Hazardous Material (HAZMAT) melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya di lokasi," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan awal setakat ini mendapati letupan tidak melibatkan struktur bangunan. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#letupan
#gas nitrogen
#kilang dekat Kota Kemuning
#Hazmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan