SEBERANG PRAI:Seorang pegawai di Penjara Seberang Perai di Jawi Pulau Pinang dilaporkan positif COVID-19 semalam (Sabtu, 17 Oktober).
Pengarah Penjara Pulau Pinang, Roslan Mohamed berkata, ia adalah kes pertama membabitkan pegawainya selepas 53 banduan dipenjara itu positif COVID-19.
Menurutnya, sebaik keputusan ujian saringan diterima, pihak petugas kesihatan telah membuat saringan terhadap kontak rapat pegawai terbabit dan pihaknya masih menunggu keputusan mereka.
"Pihak kami sentiasa memantau perkembangan terkini dengan teliti dan setakat ini kami belum tahu bagaimana pegawai berkenaan mendapat jangkitan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Roslan berkata, semua 25 banduan yang positif adalah banduan yang sedang menjalani hukuman.
"Kesemua mereka sebelum ini ditempatkan di blok bersama penghuni baharu yang juga positif COVID-19 sebelum ini," ujarnya.
Bagaimanapun setakat ini, tiada jangkitan dalam kalangan penghuni lama yang tinggal di blok berlainan dengan kes yang dilaporkan positif semalam.
Sehingga Sabtu, sebanyak 54 kes dilaporkan di Penjara Seberang Perai di Jawi.
Sementara itu, Roslan berkata, semua 160 kes positif baharu di Penjara Reman Pulau Pinang membabitkan tahanan.
Beliau berkata, walaupun berlaku peningkatan ketara di penjara berkenaan, prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan untuk menangani situasi berkenaan.
Sehingga Sabtu, Pulau Pinang mempunyai dua kluster utama iaitu Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai menjadikan kedua-duanya adalah penjara ketiga dan keempat di negara ini yang dijangkiti COVID-19 selepas Tawau di Sabah dan Alor Star di Kedah.
Kluster Penjara Reman Pulau Pinang mencatat 160 kes aktif baHAru semalam menjadikan jumlah kes COVID-19 positif menjadi 377 dengan satu kematian.
Penjara tersebut kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes dalam kalangan banduan di penjara itu.
Sehingga hari ini, Pulau Pinang telah mencatatkan sebanyak 439 kes aktif dengan tiga kematian.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Oct 18 2020
Kes itu adalah yang pertama membabitkan pegawai penjara itu selepas 53 banduan dipenjara itu positif COVID-19. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Tiada perjanjian dengan pendakwaan untuk beri keterangan terhadap Najib - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak membuat sebarang perjanjian dengan pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Edar kanabis, lelaki dipenjara 30 tahun dan 12 sebatan
Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.
Penjara komited dekatkan ODP dan OBB dengan masyarakat
Pejabat parol daerah disarankan untuk melibatkan pelbagai pihak antaranya agensi kerajaan, pihak swasta dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pemulihan banduan dalam komuniti catat 73.3 kali ganda lebih berkesan
Kadar keberkesanan pemulihan banduan atau prospek dalam komuniti mencatatkan 73.3 kali ganda lebih berkesan dalam mencegah residivis atau jenayah berulang berbanding pemulihan dalam fasiliti.
Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.
Hantaran tular kos makan banduan RM41 sehari tidak tepat
Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan atau mempercayai maklumat yang tidak tepat berkaitan perkara ini.
Ketua Pembangkang Rusia temui ajal di penjara
Perkhidmatan penjara Rusia mengesahkan kematian Navalny yang sedang menjalani hukuman selama 19 tahun.
Buruh warga Filipina bunuh rakan dipenjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang buruh warga Filipina dihukum penjara 33 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh rakannya yang berusia 16 tahun di Semporna.