[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Seorang pekerja kontrak maut, dua parah jatuh dari tingkat 22

Astro Awani 11/04/2014 | 04:38 MYT
Seorang pekerja kontrak maut manakala dua lagi rakannya parah selepas terjatuh dari tingkat 22 tapak pembinaan bangunan kondominium mewah di Jalan Cantonmen, Bagan Jermal.
Mangsa yang maut terjatuh ke bahagian parkir kereta di tingkat lapan manakala dua yang cedera pula terjatuh di tingkat 25.
Penguasa kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, A Ravi berkata, semua mangsa sedang melakukan kerja menampal simen di projek bangunan setinggi 32 tingkat itu ketika kejadian berlaku.
Mayat mangsa yang dipercayai warga Indonesia berusia 39 tahun dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala dua lagi yang parah masing-masing berusia 30an dipercayai rakyat Myanmar dan Indonesia dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Dua jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 9.50 pagi.
Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kerja-kerja di kawasan itu dihentikan sementara waktu berikutan insiden tersebut.
#jatuh bangunan #maut #pekerja kontrak