awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
Pentadbiran Trump gugurkan hampir 30 diplomat kanan dari jawatan duta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan

Bernama
Bernama
31/01/2020
04:19 MYT
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan
Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di George Town selepas kes ditangguhkan ke 5 Mac ini. - Foto Sinar Harian
Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS), awal bulan ini.
Irwanzir, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.
Tertuduh yang berasal dari Acheh, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthakkan mana-mana item itu.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Irwanzir dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.
Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac ini sebagai sebutan semula kes bagi laporan forensik.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#daish
#George Town
#Indonesia
#IS
#Islamic State
#Kanun Keseksaan
#keganasan
#lucut hak
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan