awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seragamkan laporan kewangan NGO urus dana awam, perlu kajian perundangan - SSM

Bernama
Bernama
10/12/2023
20:31 MYT
Seragamkan laporan kewangan NGO urus dana awam, perlu kajian perundangan - SSM
Ahmad Sabki pada sidang media selepas perasmian PBU23 peringkat negeri Kedah dan Perlis di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, 10 Dis 2023. -- fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berpandangan satu kajian perlu dilaksanakan berkaitan kerangka perundangan bagi menyeragamkan laporan kewangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan dana awam di negara ini.
Pengerusinya Ahmad Sabki Yusof berkata ia susulan kebimbangan umum tentang ketidakpatuhan sesetengah badan amal dalam pengurusan kewangan yang tidak telus dalam menggunakan dana awam bagi tujuan kebajikan.
"Kita berpandangan perlunya satu kajian untuk melihat satu kerangka perundangan yang mana boleh menyeragamkan tatakelola pertubuhan-pertubuhan kebajikan ini untuk memastikan satu standard yang sama dipatuhi oleh semua pertubuhan kebajikan, terutamanya yang mengambil dana awam.
"Sekarang ini pelaporan mereka sama dengan syarikat lain sedangkan mereka mengambil dana awam, membelanjakan dana awam bagi tujuan kebajikan dan ini satu daripada ruang penambahbaikan yang mungkin boleh dibuat," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Bimbingan Usahawan 2023 (PBU23) peringkat negeri Kedah dan Perlis di Dewan Centennial Kolej Sultan Abdul Hamid di sini, semalam.
Menurut Ahmad Sabki SSM kini sedang memantau perkara berkenaan bagi memastikan pertubuhan terbabit beroperasi dengan telus.
"Kalau kita tengok ada beberapa bidang kuasa bagi pendaftaran dan kawal selia pertubuhan-pertubuhan tanpa keuntungan yang dibenarkan untuk memungut dana awam.
"Tapi isunya timbul adakah ada satu tatakelola yang sama, yang boleh mengawal selia semua pertubuhan amal ini dalam pengurusan kewangan mereka," katanya.
Sementara itu, beliau menyeru agar para usahawan mendaftar perniagaan mereka menerusi Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan B40 serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa.
"Sehingga 30 Nov 2023 jumlah perniagaan yang didaftarkan secara percuma adalah 90,567 yang terdiri daripada 46,943 pelajar IPT sepenuh masa dan 43,624 usahawan kumpulan B40," katanya.
Mengenai penganjuran program PBU23, katanya ia mampu memberi bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan untuk memperkukuh dan memajukan perniagaan diceburi.
Beliau berkata pendedahan terhadap asas keusahawanan mampu membentuk pemikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta peluang pasaran perniagaan lebih berdaya saing, menerusi pemahaman mengenai pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi dan strategi perniagaan yang berjaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SSM
#laporan kewangan NGO
#dana awam
#Ahmad Sabki Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan