awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
Latvia lapor kerosakan kabel dasar laut di Laut Baltik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serah pada PM untuk rombak Kabinet, lantik TPM - Presiden Pas

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2022
08:28 MYT
Serah pada PM untuk rombak Kabinet, lantik TPM - Presiden Pas
Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat, tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet pada masa ini memandangkan barisan menteri yang dilantik itu dilihat telah menjalankan tugas dengan baik.
MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berpendapat, terserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sama ada mahu melakukan rombakan Kabinet atau sebaliknya.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, sebetulnya tiada keperluan untuk melakukan rombakan Kabinet pada masa ini.
Ini kerana, jelas beliau lagi, barisan menteri yang dilantik itu dilihat telah menjalankan tugas dengan baik.
Dalam masa sama, Abdul Hadi menegaskan setakat ini, beliau juga tidak menerima maklumat mahupun perbincangan berhubung perkara itu.
“Insya-Allah saya harap begitulah (tiada rombakan Kabinet) kecuali kita dapat maklumat… maklumat tidak ada lagi atau perlu kepada rombakan kepada kebaikan, untuk kebaikan terpulang kepada Perdana Menteri, tapi sehingga kini saya tak nampak (keperluan),” katanya.
Abdul Hadi berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila di sini, hari ini.
Ditanya mengenai keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri, beliau menyerahkan keputusan berkenaan kepada Ismail Sabri sekiranya Perdana Menteri memerlukan pembantu.
Sejak kebelakangan ini, timbul desas-desus bahawa Ismail Sabri akan melakukan rombakan Kabinet termasuk dengan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dan menggugurkan tiga menteri daripada jawatan yang disandang mereka.
Topic Berkaitan
#rombakan kabinet
#Timbalan Perdana Menteri
#Abdul Hadi Awang
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan