Seramai 89 murid sekolah di Johor dijangkiti influenza

Astro Awani
Januari 12, 2020 08:49 MYT
Bagi satu atau dua kes tertentu, mengikut SOP, sekolah terbabit perlu membuat pembersihan kelas menggunakan cecair penyah kuman. - Gambar hiasan
Seramai 89 murid sekolah di Johor disahkan dijangkiti virus influenza.
Ia termasuk murid pra sekolah sehingga murid Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah di lapan daerah negeri itu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, murid di daerah Pasir Gudang paling ramai disyaki influenza iaitu seramai 32 orang diikuti Johor Bahru seramai (24), Kulai (15), Tangkak (6), Kluang (5), Muar ( 5), Batu Pahat ( 1) dan Pontian (1).
Data itu diperolehi daripada sekolah melalui ibu bapa yang menghantar anak mereka mendapatkan rawatan kesihatan di pusat kesihatan kerajaan dan swasta.
Azman ketika dihubungi Astro AWANI berkata berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada, semua kes ini tidak memerlukan penutupan kelas atau sekolah.
Katanya lagi, bagi satu atau dua kes tertentu, mengikut SOP, sekolah terbabit perlu membuat pembersihan kelas menggunakan cecair penyah kuman.
#anak #Astro Awani #Azman Adnan #Influenza #kesihatan #operasi #pelajar #pendidikan #Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor #sekolah #SOP