Dua lelaki yang berjiran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan saling mencederakan satu sama lain menggunakan pedang dan spanar, tiga hari lepas.
Mohd Amin Mohd Ali, 54, pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) dan Muhammad Saiful Abdul Wahab, 27, penganggur, mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor.
Mohd Amin didakwa mencederakan Muhammad Saiful menggunakan pedang yang boleh mendatangkan kematian di hadapan rumah di Blok D-3-11, Jalan Taman Intan Baiduri, Projek Perumahan Rakyat Intan Baiduri, Sentul, di sini, kira-kira 1.30 tengah hari, 8 Feb lepas.
Dia juga didakwa mencederakan abang kepada Muhammad Saiful, Shahiran, 31, juga menggunakan senjata yang sama pada tarikh dan di lokasi yang sama.
Muhammad Saiful pula didakwa mencederakan Mohd Amin menggunakan spanar besi pembuka tayar yang boleh mendatangkan kematian, pada tarikh dan di lokasi sama.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dihadapi Mohd Amin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan atas alasan terpaksa menanggung dua isteri yang tidak bekerja dan tiga orang anak.
Nur A'minahtul Mardiah membenarkan Mohd Amin diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Muhammaf Saiful yang juga tidak diwakili peguam diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula bagi kedua-dua kes.
Bernama
Wed Feb 11 2015
Dua lelaki yang berjiran didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan saling mencederakan satu sama lain menggunakan pedang dan spanar. - Gambar Fail
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Rogol remaja OKU: Pengawal keselamatan dipenjara 15 tahun, sembilan sebatan
Mohd Rafiee Abdullah, 27, yang berdepan tiga pertuduhan, dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan bagi setiap kesalahan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Mungkin lebih daripada seorang sebabkan kecederaan - Saksi
Ia mungkin dilakukan oleh dua, tiga, empat, 10 atau lebih individu.
Anak penyanyi, rakan didakwa curi Ferrari milik ahli perniagaan wanita
Mereka didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440
Didakwa guna jawatan bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya.
Beri pinjam wang tanpa lesen, ah long didenda RM10,000
Joseph Lau, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chern.
Muat naik gambar jelik: Penganggur dipenjara enam bulan selepas gagal bayar denda
Tertuduh didakwa guna aplikasi TikTok secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu gambar jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Wanita didenda RM2,500 sebabkan kematian tanpa niat warga emas
Siti Nuridah Jumali, 24, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan pindaan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Timbalan Presiden baharu Kenya dilantik secara rasmi
Kithure Kindiki mengangkat sumpah pada Jumaat selepas mahkamah menarik balik arahan yang menghalang pelantikannya.
Pegawai kanan syarikat penerbangan didakwa gagal lapor kes diberi suapan RM1,000
Tertuduh didakwa telah diberi suapan daripada seorang lelaki tempatan melalui pindahan wang secara dalam talian.