awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah

Sinar Harian
Sinar Harian
18/05/2024
04:00 MYT
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 500 anggota, pegawai polis sertai solat jenazah
Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.
JOHOR BAHRU: Hampir 500 anggota dan pegawai polis menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat.
Solat jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu.
Turut menyertai solat jenazah, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Sebelum itu, warga IPK Johor beramai-ramai memenuhi ruang masjid seawal jam 9 pagi untuk bacaan yasin dan tahlil.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar akan dikebumikan di Bidor, Perak, manakala jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said akan dikebumikan di Kuantan, Pahang.
Sebelum itu, dalam sidang akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memberi jaminan kebajikan keluarga anggota terkorban akan dijaga sebaiknya.
"Polis johor telah mengadakan persiapan sehabis baik dari sudut pertama memaklumkan insiden kepada keluarga. Kedua menyelesaikan mengatur urusan penghantaran ke hospital bagi tujuan post mortem.
"Seterusnya dibuat persiapan solat jenazah dan akan diselesaikan sehingga jenazah dihantar ke kampung halaman di Perak dan Pahang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serangan Balai Polis Ulu Tiram
#solat jenazah
#penghormatan terakhir
#identiti mangsa terkorban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan