MALAYSIA
Serangan bom: Rakyat Kelantan diminta tangguh perjalanan ke Thailand
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi mereka yang masih perlu meneruskan perjalanan ke negara jiran itu. - Gambar fail
KOTA BHARU: Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan hasrat untuk berkunjung ke Thailand dalam tempoh terdekat sekiranya tiada urusan penting, susulan insiden serangan bom di Tak Bai, Narathiwat, semalam.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan Datuk Kamarudin Md Nor berkata aspek keselamatan menjadi keutamaan bagi mereka yang masih perlu meneruskan perjalanan ke negara jiran itu.
"Kes pengeboman di Thailand bukan perkara baharu. Jadi sementara suasana belum stabil, rakyat negeri ini sebaiknya menangguhkan rancangan untuk ke sana, terutamanya ketika musim cuti yang bakal tiba.
"Langkah pencegahan ini penting bagi mengelak kejadian yang boleh mengancam keselamatan diri. Apabila berlaku insiden seperti ini, ia wajar dianggap sebagai amaran untuk tidak ke sana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan kedua Nasi Kerabu Kaklah di Kampung Kayu Rendang, Melor, di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan tiga anggota Pasukan Pertahanan Sukarelawan cedera selepas sebuah kereta yang dipasang bom meletup berhampiran pusat pemeriksaan di Kampung Khok Mafueang, Mukim Salamai, Tak Bai.
Jurucakap polis wilayah Narathiwat dilapor sebagai berkata kenderaan itu diletakkan di hadapan sebuah kedai perabot kira-kira 10 meter dari pusat pemeriksaan Salamai dengan enjin masih hidup sebelum diletupkan menggunakan alat kawalan jauh.
Sementara itu, mengulas penahanan 36 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang menaiki sebuah bas persiaran sewa khas di Pasir Mas semalam, Kamaruddn berkata pengusaha bas pelancongan tidak boleh menyalahgunakan kemudahan yang diberikan.
"Kerajaan negeri sudah lama memberi kelonggaran kepada bas persiaran dan pelancongan untuk masuk ke negeri ini, namun kemudahan ini mesti digunakan mengikut prosedur. Bas persiaran sepatutnya membawa pelancong, bukan pekerja asing.
"Kita harap insiden ini tidak menjejaskan kelonggaran yang diberikan sehingga terpaksa ditarik semula," katanya.
Semalam, kesemua pendatang tanpa izin itu ditahan sepasukan anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am di Kampung Serongga, Pasir Mas.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Rakyat Malaysia dinasihatkan Datuk Kamarudin Md Nor supaya menangguhkan perjalanan ke Thailand susulan insiden bom di Tak Bai, Narathiwat.
- Tiga anggota Pasukan Pertahanan Sukarelawan cedera akibat letupan bom kereta berhampiran pusat pemeriksaan di Narathiwat.
- Kamarudin turut menegaskan bas persiaran tidak boleh disalah guna selepas 36 pendatang tanpa izin Myanmar ditahan di Pasir Mas.