awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Brussels: MAHB perketat langkah keselamatan di lapangan terbang

Bernama
Bernama
24/03/2016
23:32 MYT
Serangan Brussels: MAHB perketat langkah keselamatan di lapangan terbang
Jurucakap MAHB berkata langkah itu termasuk mengetatkan lagi kawalan dalam pengeluaran pas keselamatan lapangan terbang dan menambah kekerapan rondaan anggota keselamatan penerbangan.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengambil tindakan segera untuk meningkatkan lagi kawalan keselamatan di lapangan terbang seluruh negara berikutan kejadian serangan bom di Lapangan Terbang Brussels Selasa lepas.
Jurucakap MAHB berkata langkah itu termasuk mengetatkan lagi kawalan dalam pengeluaran pas keselamatan lapangan terbang dan menambah kekerapan rondaan anggota keselamatan penerbangan.
"Kami juga menambah pemeriksaan terhadap semua pintu masuk dan meningkatkan keseluruhan pemeriksaan keselamatan di semua pusat pemeriksaan melibatkan penumpang, barang dan petugas lapangan terbang," katanya apabila dihubungi Bernama pada Khamis.
Beliau berkata kerjasama antara MAHB dengan semua agensi dan pihak berkuasa berkenaanan juga ditingkatkan bagi memastikan tahap keselamatan di lapangan terbang berada pada paras paling tinggi.
Sekurang-kurangnya 34 orang maut dan 180 cedera dalam letupan bom di Lapangan Terbang Zaventem dan metro Maelbeek di Brussels pada Selasa.
Topic Berkaitan
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan