awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Daish ada kaitan agenda jatuhkan kerajaan - Nasharudin

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
05/07/2016
13:51 MYT
Serangan Daish ada kaitan agenda jatuhkan kerajaan - Nasharudin
Nasharudin berkata ketika ini isu keselamatan di dalam negara adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi oleh pihak berkuasa. - Foto fail
Trend serangan militan Daish akhir-akhir ini mempunyai kaitan dengan agenda untuk menjatuhkan kerajaan memerintah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa, beliau tidak menafikan serangan Daish yang berlaku di Puchong baru-baru ini mungkin dipengaruhi faktor tidak puas hati terhadap kerajaan.
"Saya tak menafikan, jika kita lihat trend serangan sejak akhir-akhir ini seperti di Madinah, Turki dan sebagainya mungkin serangan mereka ada kaitan dengan agenda untuk menjatuhkan kerajaan atau kerana tidak berpuas hati dengan pemerintah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Katanya, ketika ini isu keselamatan di dalam negara adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi oleh pihak berkuasa.
"Kita juga sedia maklum momentum mereka ini berterusan, maka hal-hal keselamatan negara juga perlu sentiasa peka agar kita tidak diresapi faktor-faktor keganasan.
“Dalam masa yang sama, teruskan mendidik masyarakat agar mereka tahu apa itu keganasan dan cara-cara menangani bersama,” jelas beliau.
Selain itu katanya orang ramai perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi isu Daish sudah menjadi kebimbangan masyarakat di seluruh dunia.
Semalam, polis mengesahkan kejadian serangan di Kelab Malam Movida di Puchong minggu lalu adalah berpunca dari serangan kumpulan Daish, yang pertama seumpamanya di negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata serangan yang menyebabkan lapan orang cedera itu dilancarkan oleh warga tempatan yang mendapat arahan dari anggota Daish Muhamad Wanndy Mohamad Jedi dari Syria.
Topic Berkaitan
#daish
#Nasharudin Mat Isa
#YGMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan