awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan

Bernama
Bernama
16/01/2016
14:44 MYT
Serangan di Jakarta: Polis Selangor tingkatkan kawalan
Abdul Samah meminta orang ramai supaya tidak panik atau cemas kerana situasi keselamatan di negeri Selangor adalah terjamin. - Gambar Fail
Polis Selangor meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan tumpuan orang ramai berikutan insiden pengeboman di Jakarta pada Khamis.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata antara lokasi terbabit adalah pusat beli-belah, pusat hiburan, lokasi pelancongan dan pintu keluar masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang serta pelabuhan-pelabuhan di negeri ini.
Beliau meminta orang ramai supaya tidak panik atau cemas kerana situasi keselamatan di negeri Selangor adalah terjamin.
"Polis juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita-berita palsu atau tidak sah mengenai situasi keselamatan sama ada menerusi media sosial atau lain-lain saluran bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.
"Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat sekiranya terdapat sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan kegiatan pengganas di kawasan masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Khamis lepas, tujuh orang - lima pengganas dan dua orang awam - disahkan terkorban dalam insiden tembak-menembak serta serangan bom berhampiran Gedung Sarinah di Jalan MH Thamrin, di tengah-tengah ibu kota Jakarta.
Susulan insiden itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia meningkatkan amaran keselamatan negara ke tahap paling tinggi bagi mengelak insiden seumpama itu berlaku di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#Jakarta
#Ketua Polis Selangor
#Khalid Abu Bakar
#KPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan