Serangan dron Iran: Negara Arab digesa tidak jadi ‘barua’ Zionis - Ahmad Fadhli

Sinar Harian
April 14, 2024 05:00 MYT
Ahmad Fadhli menggesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Israel susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara itu. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menggesa agar mana-mana negara Arab tidak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel kali ini susulan Iran melancarkan serangan terhadap negara berkenaan.
Menurutnya, diharapkan roket yang dilancarkan itu akan menghancurkan Israel.
“Iran secara rasmi melancarkan roket ke atas Israel, semoga Allah hancurkan negara haram ini.
“Jangan ada negara Arab yang menjadi ‘barua’ bersama Zionis kali ini!” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan Iran melancarkan berpuluh-puluh serangan dron terhadap Israel pada Sabtu.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron telah dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
#serangan dron Iran #Israel #Ketua Penerangan PAS #Zionis #Ahmad Fadhli Shaari