GUA MUSANG:
Masyarakat Orang Asli di Pos Bihai, Belatin dan Balar yang terkesan dengan ancaman harimau belang ketika ini diminta tidak keluar dari kawasan perkampungan kerana bekalan makanan akan dihantar terus kepada mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim kepada, langkah itu dilihat tepat bagi mengelakkan masyarakat Orang Asli keluar dari kawasan perkampungan sekali gus boleh mendedahkan mereka kepada bahaya.
"Setiap 10 hari, pihak kami akan masuk ke kawasan yang terkesan untuk menghulurkan bantuan makanan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Menurutnya, sumber bekalan itu diperoleh dari pelbagai pihak seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik); Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan sebagainya bagi membantu masyarakat Orang Asli.
Beliau berkata, mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyalurkan sumbangan boleh menghubungi pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dan Jakoa.
Mohd Syahbuddin berkata, usaha yang dilakukan merupakan salah satu bentuk mengurangkan perasaan resah dalam kalangan penduduk terlibat.
"Kita sentiasa pantau dan mengambil serius perkara ini kerana ia melibatkan soal nyawa," katanya.
Beliau berkata, berpandukan kepada maklumat semasa, terdapat tiga ekor harimau yang berada di kawasan berkenaan.
Mohd Syahbuddin berkata, harimau yang bertindak menyerang baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan penemuan terbaharu ketika ini.
"Melihat kepada tingkah laku itu, saya tidak menolak kemungkinan harimau belang yang kini berkeliaran di kawasan penempatan Orang Asli di Pos Bihai kemungkinan dijangkiti Virus Canine Distemper (CDV).
"Virus ini menyebabkan tingkah laku hidupan liar itu berubah menjadi ganas sekali gus mengancam keselamatan nyawa," katanya.
Menurutnya, Pos Bihai merupakan kawasan paling banyak mempunyai harimau namun ia tidak menonjolkan diri.
Katanya, bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini hidupan liar tersebut keluar menghampiri penempatan manusia dan situasi itu amat merisaukan.
Pada 7 Januari lalu, seorang lelaki orang asli maut dibaham seekor harimau dalam kejadian di Kampung Sau, Pos Bihai di sini.
BACA: Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Jan 14 2022
Mohd Syahbuddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada orang asli di Pos Bihai, Gua Musang. - Foto Sinar Harian
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Tapir terlepas dari Zoo Johor berjaya diselamatkan
Makluman seekor tapir terlepas dari Zoo Johor berkeliaran di Jalan Gertak Merah diterima APM pada jam 3.15 pagi.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
WCE perkukuh kerjasama dengan Perhilitan pastikan keselamatan pengguna, ekosistem
WCE sangat komited dalam memastikan ekosistem alam sekitar kekal terpelihara serta keselamatan pengguna lebuh raya terjaga.
Bangkai harimau dahan ditemui mati di Lebuhraya WCE
Kejadian dipercayai merupakan kemalangan pertama melibatkan hidupan liar di Seksyen 11 WCE selepas dibuka kepada pengguna 12 Mac lalu.
Gajah sesat terlibat kemalangan berjaya ditangkap - Polis
Gajah itu ditangkap Perhilitan Besut di sekitar Telaga Papan pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengurus resort didenda simpan hidupan liar tanpa lesen, permit
Seorang pengurus resort didenda RM2,500 atas tiga pertuduhan menyimpan hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan permit.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Perhilitan tangkap gajah sesat di Jertih
Seekor gajah jantan yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Jabi dan Kota Putera sejak empat hari lepas berjaya ditangkap oleh kakitangan Perhilitan Terengganu petang semalam.
Gajah sesat jauh dari hutan, masuk kampung berdekatan pantai
Penduduk kampung di sekitar daerah Besut terkejut dan berada dalam ketakutan kerana kehadiran seekor gajah yang dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Hulu Besut sejak Selasa lepas.