Serangan Iran ke atas Israel: Wisma Putra perlu bersedia, pantau rakyat Malaysia - Fadillah

Bernama
April 14, 2024 07:16 MYT
Fadillah berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu mengambil tindakan untuk bawa keluar rakyat Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di negara berisiko susulan serangan dron dan peluru berpandu oleh Iran ke atas Israel pada Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Wisma Putra perlu sentiasa memerhatikan perkembangan insiden ini dari masa ke masa dan sekiranya perlu mengambil tindakan untuk bawa keluar rakyat Malaysia daripada mana-mana tempat mempunyai risiko yang boleh berlaku serangan.
"Untuk rakyat Malaysia, saya nasihat elakkan dulu mana-mana tempat berisiko tinggi, sama ada Iran atau negara berdekatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman di sini hari ini.
Stesen telelevisyen Kerajaan Iran Anadolu pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel.
-- BERNAMA
#serangan dron Iran #Israel #Fadillah Yusof #rakyat Malaysia