awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Had tempoh jawatan perdana menteri langkah progresif wujudkan demokrasi seimbang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Israel di Palestin: Jawatankuasa Eksekutif Menteri Luar OIC adakan mesyuarat tergempar esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/05/2021
06:12 MYT
Serangan Israel di Palestin: Jawatankuasa Eksekutif Menteri Luar OIC adakan mesyuarat tergempar esok
Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, Malaysia akan menyatakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi dalam mesyuarat tergempar itu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan satu Mesyuarat Tergempar Terbuka pada Ahad bagi membincangkan isu keganasan yang memuncak di wilayah Palestin ketika ini terutamanya di bumi Gaza.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberitahu, Malaysia akan menyatakan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi berhubung isu itu pada mesyuarat oleh Jawatankuasa Eksekutif OIC Peringkat Menteri-Menteri Luar yang akan diadakan secara maya.
"Malaysia yang sentiasa menyokong padu perjuangan Palestin dan rakyatnya akan menyertai mesyuarat ini dimana saya sendiri selaku Menteri Luar akan mewakili negara dan kerajaan.
"Saya akan mengambil kesempatan menerusi pertemuan esok bagi menyampaikan pendirian tegas dan tidak berbelah bahagi Malaysia mengenai perkara ini kepada OIC.
"Saya juga akan menyuarakan gesaan Malaysia agar OIC mengambil tindakan lebih tegas dan melaksanakan usaha semaksimum mungkin demi melindungi rakyat Palestin daripada keganasan Israel," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam perkembangan itu, Hishammuddin menjelaskan, beliau telah berkomunikasi dengan rakan sejawatannya di Brunei, Datuk Seri Setia Haji Erywan dan Indonesia, Retno Marsudi bagi mencapai kata sepakat mengenai isu terbabit.
Menurutnya, ketiga-tiga buah negara Islam itu secara kolektif mengecam sekeras-kerasnya serangan tentera penjajah Israel terhadap rakyat Palestin dan mahu rejim Yahudi itu menghentikan serta merta tindakan pencerobohan di seluruh wilayah Palestin.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Israel
#Palestin
#keganasan
#Indonesia
#Brunei
#pertubuhan kerjasama islam
#oic
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan