Serangan jantung: Keadaan Rafizi semakin baik - Dr Zaliha

Abd Razak Mohd Ali
Oktober 21, 2023 05:40 MYT
Rafizi dilaporkan dirawat di PPUM selepas mengalami serangan jantung. - Gambar fail
IPOH: Keadaan kesihatan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang sebelum ini dilapor mengalami masalah jantung, semakin baik selepas selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau mendapat maklumat mengenai perkara itu, pada Khamis.
"Alhamdulillah, saya pun sudah dapat berita kelmarin beliau semakin sihat dan insya-Allah kita harap dalam masa terdekat akan kembali melaksanakan tugas. Doakan yang baik-baik," katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) 2023 Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan, Tambun pada Sabtu.
Beliau mengulas mengenai keadaan kesihatan Rafizi yang dilapor dirawat di PPUM selepas mengalami serangan jantung.
Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.
#Rafizi Ramli #serangan jantung #dr zaliha #keadaan terkini