awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2024
00:45 MYT
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Abdul-Malik berkata ini adalah peringkat keempat peningkatan sebagai tindakan balas terhadap "pencerobohan Israel ke atas Rafah". - Foto REUTERS
PEMIMPIN Houthi, Abdul-Malik al-Houthi, berkata kumpulan itu akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Ini susulan peningkatan serangan Israel ke atas bandar Rafah, di mana lebih sejuta penduduk Palestin berlindung.
"Dengan pencerobohan Israel ke atas Rafah, ia termasuk mana-mana kapal milik mana-mana syarikat yang terlibat dalam membekalkan atau mengangkut barangan kepada musuh Israel, tanpa mengira destinasi mereka.
"Ini bermakna perkara itu tidak bersyarat sama ada mereka menuju ke pelabuhan yang diduduki Palestin sarat dengan barang-barang untuk musuh Israel.
"Selagi syarikat itu menghantar kapal ke pelabuhan di Palestin yang diduduki untuk kepentingan musuh Israel, langkah-langkah ini akan diambil terhadapnya di mana sahaja tangan kami sampai," katanya.
Beliau berkata ini adalah peringkat keempat peningkatan sebagai tindakan balas terhadap "pencerobohan Israel ke atas Rafah" di selatan Semenanjung Gaza.
Tetapi kumpulan itu juga sedang mempertimbangkan "peringkat kelima dan keenam" lagi.
Serangan Houthi selama berbulan-bulan di Laut Merah telah mengganggu laluan perkapalan global.
Ia memaksa firma perkapalan untuk menggunakan laluan alternatif yang lebih panjang dan lebih mahal di sekitar Afrika Selatan.
Ia mencetuskan kebimbangan bahawa perang Israel-Hamas boleh merebak dan menjejaskan kestabilan Asia Barat yang lebih luas.
Amerika Syarikat dan Britain melancarkan serangan terhadap sasaran Houthi sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas perkapalan.
Topic Berkaitan
#Houthi
#serangan
#kapal
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan