awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Mahathir terhadap Murad 'tidak kena pada tempatnya' - Salleh

Bernama
Bernama
21/12/2017
02:29 MYT
Serangan Mahathir terhadap Murad 'tidak kena pada tempatnya' - Salleh
SALLEH: Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu.
Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan serangan yang 'tidak kena pada tempatnya' apabila beliau menempelak bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Murad Khalid berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara berjumlah RM31.5 billion, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Sebaliknya, kata beliau, bekas perdana menteri itu sepatutnya marah dengan (penasihat DAP) Lim Kit Siang.
"Murad hanya memberi keterangan dalam pendengaran RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) berhubung kerugian sebenar forex, yang mendedahkan bahawa jumlahnya adalah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion.
"Bagaimanapun, Kit Siang lah, yang selama 20 tahun, mendesak supaya ditubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian urus niaga forex Bank Negara," menurut beliau menerusi catatan terkini dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.
Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
"Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran.
"Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?" tanya beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara
#forex
#Gabenor Bank Negara
#Lim Kit Siang
#salleh said keruah
#Tun Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan