MALAYSIA
Serbuan perjumpaan gay di Kelantan berasaskan risikan - Polis
Mohd Yusoff berkata serbuan itu, dilakukan bagi menjaga ketenteraman awam dan memelihara nilai moral masyarakat. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Polis menegaskan tindakan menyerbu sebuah perjumpaan tertutup kumpulan gay di sebuah inap desa di Kemumin, di sini, baru-baru ini adalah berasaskan maklumat risikan dan bukti yang sahih, tanpa sebarang niat diskriminasi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata serbuan itu, dilakukan bagi menjaga ketenteraman awam dan memelihara nilai moral masyarakat.
"Pada hari kejadian, pasukan Task Force PDRM Kelantan memulakan pemantauan sejak 5 petang dan mendapati kira-kira 100 orang hadir untuk makan dan bersembang santai. Serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi bagi memastikan keselamatan awam terjamin," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Yusof berkata sebanyak 20 lelaki yang berada di premis tersebut mengaku sebagai komuniti gay, termasuk seorang dari Perak dan seorang pelajar institusi pengajian tinggi dari Besut, Terengganu, manakala selebihnya berasal dari Kelantan.
Mohd Yusoff berkata hasil pemeriksaan terhadap telefon bimbit mereka mendapati, tiga daripada mereka memiliki video lucah melibatkan hubungan sejenis.
"Ketiga-tiga lelaki ini telah didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 20 Julai, dengan denda antara RM3,000 hingga RM4,000," katanya.
Beliau berkata serbuan tersebut turut menemui ratusan kondom serta beberapa kotak ubat HIV di dalam premis berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa demi keharmonian negeri ini," katanya.
Semalam, kerajaan Kelantan mengingatkan semua pihak supaya memaklumkan lebih awal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan, sebelum menganjurkan sebarang program bagi mengelakkan kekeliruan, salah faham dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dilapor berkata sebarang bentuk penganjuran, termasuk program kesihatan, perlu dilaksanakan secara tertib serta mematuhi prosedur dan peraturan sedia ada.
-- BERNAMA