Skip to main content

Malaysia

Serbuan pusat hiburan bongkar selempang tawaran hingga RM3,000

Operasi yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 68 warga asing berusia antara 20 hingga 55 tahun. - Gambar Astro AWANI/ IZWAN NOORDIN
Operasi yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 68 warga asing berusia antara 20 hingga 55 tahun. - Gambar Astro AWANI/ IZWAN NOORDIN

Advertisement

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 68 warga asing dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, awal pagi Sabtu, selain mengesan beberapa selempang yang tertera kadar bayaran sehingga RM3,000 dipercayai berkait dengan tawaran khidmat wanita.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Datuk Hamsha Injau berkata, selempang berkenaan dipercayai memaparkan kadar bayaran untuk mendapatkan khidmat wanita, namun pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kegiatan tersebut.

Menurut beliau, operasi yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berjaya menahan 68 warga asing berusia antara 20 hingga 55 tahun.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 54 warga Thailand dan 14 warga Bangladesh.

"Siasatan awal mendapati mereka disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen, termasuk menyalahgunakan pas lawatan serta melanggar syarat pas kerja," katanya dalam satu kenyataan.

Image
pusat hiburan diserbu
Jabatan Imigresen Malaysia mengesan beberapa selempang yang tertera kadar bayaran sehingga RM3,000 dipercayai berkait dengan tawaran khidmat wanita. - Gambar Astro AWANI/ IZWAN NOORDIN

Hamsha berkata, operasi berkenaan dilaksanakan hasil risikan yang dijalankan selama antara dua hingga tiga bulan susulan maklumat dan aduan yang diterima daripada orang awam serta agensi berkaitan.

Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut.

Must Watch Video

Advertisement