awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuan rumah teres bongkar pusat pembungkusan dadah RM10.4 juta

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
15/12/2025
07:10 MYT
Serbuan rumah teres bongkar pusat pembungkusan dadah RM10.4 juta
Shazeli Kahar berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan tiga individu terdiri daripada dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing yang dipercayai berperanan membungkus dadah bagi tujuan pasaran. - Gambar Mohammad Luqman Abdul Aziz
SHAH ALAM: Serbuan ke atas sebuah rumah teres tiga tingkat di Kajang, dekat sini membawa kepada pusat penyimpanan dan pembungkusan dadah pelbagai jenis, yang dianggarkan bernilai RM10.4 juta, pada 8 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan tiga individu terdiri daripada dua wanita tempatan dan seorang lelaki warga asing yang dipercayai berperanan membungkus dadah bagi tujuan pasaran.
Beliau berkata, polis kini masih memburu saki-baki sindiket terbabit termasuk dalang utama yang dipercayai masih bebas.
"Hasil semakan awal mendapati ketiga-tiga suspek berusia antara 40 hingga 45 tahun, dengan dua suspek tempatan berstatus bujang manakala suspek warga asing berstatus duda.
"Semakan rekod lampau mendapati dua suspek tempatan mempunyai rekod berkaitan penyalahgunaan dadah, manakala suspek warga asing tidak mempunyai sebarang rekod jenayah," katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Selangor, di sini pada Isnin.
Shazeli memaklumkan, sindiket itu dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu dan polis masih menyiasat modus operandi yang digunakan.
Berdasarkan siasatan awal, katanya, dua suspek tempatan dipercayai dibayar gaji sebanyak RM5,000 sebulan, manakala suspek warga asing pula belum menerima sebarang bayaran kerana baru memasuki negara ini pada bulan lalu.
Polis juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur pemerdagangan manusia dalam kes berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#pemerdagangan manusia
#Dadah
#pembungkusan dadah
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan