awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serbuk klorin bocor, penduduk Kampung Pasir diarah keluar

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2016
05:10 MYT
Serbuk klorin bocor, penduduk Kampung Pasir diarah keluar
Penduduk mendakwa, rumah berkenaan yang dihuni lima pekerja warga asing dijadikan setor menyimpan berpuluh kilogram serbuk klorin sejak hampir tiga tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Sekumpulan penduduk Kampung Pasir, Jalan Klang Lama di sini berhadapan detik cemas malam tadi apabila sebuah rumah yang dijadikan setor simpanan serbuk klorin tiba-tiba meletup.
Mereka kemudiannya diarahkan meninggalkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.
Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Seputeh , Fathi Kameel Mohd Azri, kejadian sekitar jam 9 malam itu menyebabkan seorang warga Nepal yang juga penjaga setor cedera.
Manakala dua kanak-kanak dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan ekoran mengadu pening dan mengalami muntah-muntah.
Beberapa penduduk turut mengadu sesak nafas dan pedih mata.
"Satu letupan berlaku dipercayai dari serbuk klorin yang digunakan untuk mencuci kolam yang disimpan di motosikal. Satu tindakbalas wap terhasil yang menyebabkan letupan kecil dan mencederakan seorang lelaki warga Nepal dan operasi tamat 12.53 malam," kata Fathi.
Tambahnya, kawasan yang terkena bahan kimia itu telah dibersihkan bomba dengan menggunakan air.
Sejumlah 20 kilogram lagi serbuk klorin yang diletakkan di dalam beberapa bungkusan plastik di perkarangan rumah berkenaan turut dilupuskan.
Penduduk mendakwa, rumah berkenaan yang dihuni lima pekerja warga asing dijadikan setor menyimpan berpuluh kilogram serbuk klorin sejak hampir tiga tahun lalu.
Topic Berkaitan
#bomba
#Jalan Klang Lama
#Klorin meletup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan