SERI ketengah 10 polisi perlu dilaksana dalam 100 hari pertama pentadbiran PM baharu

Kenyataan Media
Ogos 22, 2021 14:08 MYT
SERI berpendapat adalah penting bagi pentadbiran baharu pimpinan Ismail Sabri mengenal pasti dan mengutamakan beberapa perkara dalam 'menghidupkan' semula Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
PENYELIDIKAN Sosial dan Ekonomi (SERI) mengetengahkan 10 polisi yang perlu dilaksanakan dalam kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam 100 hari pertama.
Mendepani krisis politik yang akhirnya terjawab dengan pemilihan Perdana Menteri kesembilan, maka SERI berpendapat adalah sesuatu yang amat penting bagi pentadbiran baharu mengenal pasti dan mengutamakan beberapa perkara dalam 'menghidupkan' semula Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Menurut kenyataan SERI, 10 polisi yang dicadangkan itu meliputi lima bidang seperti berikut:
Ekonomi
  • Kerajaan perlu menjelaskan mengenai parameter kesihatan bagi pembukaan semula ekonomi bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan rakyat.
  • Kesihatan
  • Peruntukan dana untuk kesihatan mental dan infrastruktur yang pada ketika ini RM26 juta, perlu ditingkatkan.
  • Pendidikan
  • Perlu meluaskan perkhidmatan walk-in (bagi program vaksinasi) kepada golongan pendidikan bagi memastikan 100 peratus daripada mereka melengkapkan dua dos vaksin.
  • Kerajaan
  • Parlimen perlu membentangkan cadangan mewujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji perjalanan kerajaan menangani krisis COVID-19.
  • Persekitaran
  • Parlimen harus menyemak semula Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dengan menambah perubahan iklim dan kelestarian dalam pengurusan rumah hijau.
  • #COVID-19 #ismail sabri yaakob #seri #Penyelidikan Sosial dan Ekonomi #polisi #Perdana Menteri