JOHOR BAHRU: Derita yang tidak berkesudahan. Itu yang dialami Suria, 35, (bukan nama sebenar) selepas kira-kira setahun hidup bersama suami keduanya itu yang merupakan seorang mualaf.
Suria mendakwa sudah lali dipukul dengan teruk terutama selepas suaminya itu yang berasal dari Sarawak kalah judi.
Ibu kepada empat anak hasil perkahwinan terdahulu mengakui, sudah patah hati dan tidak sanggup lagi hidup bersama dengan suaminya.
"Sebelum kahwin, dia ada terjebak dengan dadah namun sudah berubah selepas kami berkahwin. Masalahnya, selepas berkahwin dia kerap mabuk dan bermain judi, saya akan menjadi mangsa jika dia kalah judi," katanya.
Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Exco Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid bersama pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di rumah majikannya pada Khamis.
Suria yang bekerja di sebuah kantin sekolah berkata, disebabkan tidak tahan lagi bersama suaminya dia melarikan diri dan menyembunyikan diri di sebuah kolong pada Isnin.
Dia yang berasal dari Kelantan kemudian mengadu nasibnya kepada majikan sebelum dibawa ke rumah majikannya bersama dua anaknya untuk diberi perlindungan sementara.
Katanya, sebelum ini mereka selalu berpindah-randah di sekitar kawasan rumah kedai berhampiran Masai, namun dihalau tuan rumah kerana mengganggu ketenteraman jiran disebabkan bertengkar hampir setiap hari.
"Disebabkan sudah tidak mampu lagi untuk membayar deposit dan sewa di tempat baharu, saya mengambil keputusan untuk tinggal di flat terbiar yang dipenuhi sampah bersama dua anak perempuan sejak awal bulan ini.
"Walaupun rumah flat itu dipenuhi sampah sarap dan tiada air dan elektrik, saya tidak ada pilihan lain. Pada waktu pagi, saya akan membawa anak-anak bersama ke sekolah di mana saya bekerja sebagai pembantu kantin," katanya.
Jelasnya, dua anak perempuannya itu yang berusia tujuh dan 10 tahun tinggal bersamanya, manakala manakala dua lagi orang anaknya berusia 12 dan 16 tahun tinggal bersama adiknya di Klang, Selangor.
Dia pernah membuat laporan polis terhadap perbuatan suaminya itu, namun terpaksa menarik balik laporan kerana tidak mempunyai dokumen susulan bernikah di Thailand dan tidak didaftarkan di negara ini.
Sementara itu, Mohd Fared berkata, MAINJ akan mengusahakan bantuan tempat tinggal kepada Suria dan dua anaknya selain memberikan bantuan wang tunai.
"Sudah menjadi tanggungjawab MAINJ membantu golongan memerlukan seperti ini. Harap ini menjadi iktibar kepada semua, perlunya masyarakat mengikut lunas perundangan kekeluargaan Islam (mendaftar pernikahan dalam negara) supaya dapat dibantu di kemudian hari," katanya.- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 26 2023
Disebabkan tidak tahan lagi bersama suaminya dia melarikan diri dan menyembunyikan diri di sebuah kolong pada Isnin. - Gambar Sinar Harian
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Keluarga sedia bawa Jahidah ke mahkamah walaupun sukar
Pihaknya dimaklumkan kemungkinan kakaknya perlu dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan berhubung pertuduhan terhadap bekas suaminya yang didakwa memukulnya dua tahun lalu.
Serik dipukul suami, wanita nekad larikan diri
Suria sudah tidak tahan lagi hidup bersama suami keduanya yang juga seorang mualaf kerana sering dipukul teruk.
Wanita hamil koma dipukul suami kini di bawah jagaan keluarga
Wanita hamil 12 minggu yang koma akibat dipukul suami kini dijaga oleh adiknya Fazariah Nordin yang berasal dari Bandar Sri Sendayan.
Lelaki disyaki cederakan isteri sehingga parah direman enam hari
Individu yang berumur 38 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu, direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Wanita mati dipukul, polis tahan suami
Berdasarkan siasatan awal, kejadian dipercayai bermula dengan pertengkaran suami isteri pasangan Myanmar itu pada kira-kira pukul 9.00 pagi di sebuah rumah kedai di Taman Soga di sini.