awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan dijumpai di Mauritius sah milik MH370

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2016
06:38 MYT
Serpihan dijumpai di Mauritius sah milik MH370
Pemeriksaan terhadap serpihan komposit yang ditemukan di pulau itu disempurnakan pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB). -Gambar fail/Twitter Mike Exner
Serpihan pesawat yang dijumpai di Mauritius Mei lalu disahkan milik pesawat Malaysia Airlines MH370.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Menurut Liow, pemeriksaan terhadap serpihan komposit yang ditemukan di pulau yang terletak di Lautan Hindi itu disempurnakan pakar dari Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
Menurutnya lagi, analisis ATSB telah mengesahkan bahagian itu dikenal pasti sebagai ‘trailing edge splice strap’ yang dipasang pada kelepak luar spar belakang pesawat Boeing 777, dengan nombor siri yang sepadan.
"Oleh itu, pakar membuat kesimpulan bahawa serpihan tersebut berasal daripada pesawat 9M-MRO, yang juga dikenali sebagai MH370," kata Liow.
Liow dalam pada itu melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Mauritius dan Australia atas sokongan dan bantuan serta akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu.
Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Ia masih belum ditemukan walaupun pencarian secara besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilaksanakan di lokasi dipercayai penerbangannya berakhir.
Topic Berkaitan
#9M-MRO
#ATSB
#kelepak luar spar belakang
#Liow Tiong Lai
#MH370
#trailing edge splice strap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan