Serpihan konkrit LRT3 jatuh, tiada kemalangan jiwa

Bernama
Ogos 14, 2022 10:56 MYT
MPK menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. - Foto MPK/Sinar Harian
SHAH ALAM: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memaklumkan berlaku kejadian serpihan batu konkrit jejambat landasan pembinaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) terjatuh ke khemah peniaga berdekatan Pasar Besar Meru, Klang, hari ini.
MPK menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.
"Gerai peniaga yang terlibat telah diarahkan tutup serta-merta bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. Pihak pengurusan LRT3 turut memberhentikan kerja secara serta-merta.
"Pemeriksaan mendapati serpihan konkrit itu terjatuh atas khemah di pasar tersebut. Pkonembinaan telah dihentikan dan pembersihan turut dilakukan di lokasi berkenaan. Peniaga juga telah diarahkan berpindah," menurut hantaran itu.
-- BERNAMA
#konkrit jatuh #jejambat landasan #projek LRT 3 #Transit Aliran Ringan #Pasar Besar Meru #Klang #Majlis Perbandaran Klang #MPK #LRT3