MALAYSIA
SESB jamin bekalan elektrik di Sabah dipulihkan dalam masa terdekat
Pasukan Taktikal SESB menggunakan segala kepakaran dan peralatan yang ada untuk memulihkan penyaluran bekalan elektrik dengan selamat dan cepat - Foto/SESB
KUALA LUMPUR: Pasukan teknikal Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) kini giat menjalankan kerja-kerja pembaikan ke atas tiang menara yang tumbang di Kampung Sarapung, Penampang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Yaakob Jaafar berkata kerja-kerja pemulihan itu melibatkan usaha berterusan tanpa henti oleh pasukan teknikal yang bekerja siang dan malam bagi memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam masa terdekat.
Jelas beliau, pihaknya menggunakan segala kepakaran dan peralatan yang ada untuk memulihkan penyaluran bekalan elektrik dengan selamat dan cepat.
"Ketika ini, pasukan teknikal berdepan cabaran dalam usaha untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan disebabkan cuaca hujan, menyebabkan perjalanan berjalan kaki untuk masuk ke lokasi tiang menara menjadi sukar.
"Keselamatan anggota kerja diberikan keutamaan ketika melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
“Walaupun berhadapan dengan keadaan cuaca buruk dan akses yang terhad, mereka tetap meneruskan kerja siang dan malam untuk memastikan bekalan elektrik dapat dipulihkan dalam tempoh masa yang terdekat ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam pada itu, Mohd Yaakob berkata SESB menzahirkan penghargaan kepada Sabah Air Aviation Sdn.Bhd. kerana bantuan helikopter untuk kerja-kerja mengangkat peralatan membina tiang Sistem Pemulihan Kecemasan (ERS) yang akan dibangunkan sebagai satu usaha menggantikan tiang menara yang tumbang.
Menurut beliau, bantuan menggunakan helikopter untuk mengangkat peralatan dan keperluan mendirikan ERS telah dijalankan ketika hujan berhenti pada pagi tadi.
“Kami mohon kerjasama dan kesabaran orang ramai sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan ini dan pasukan teknikal kami akan terus komited memastikan bekalan elektrik kembali stabil demi kesejahteraan rakyat Sabah,” jelas beliau.
Terdahulu, tiang menara penghantaran SESB tergelincir dan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik di kawasan Pantai Timur Sabah susulan insiden tanah runtuh pada 13 September.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata hampir 230,000 pengguna terkesan akibat kejadian itu dan daerah terputus bekalan elektrik merangkumi Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran.