Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil pendekatan mengadakan sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan menerusi saluran baharu RTM, TV Okey, bermula minggu depan.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.
"Pendekatan ini diambil bagi memberi ruang kepada pelajar yang tiada akses kepada internet tetapi dapat akses kepada televisyen. Kita sedar bahawa bukan semua pelajar mendapat akses internet.
"Pendekatan ini diambil kementerian untuk memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar tetapi juga guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh ini," katanya ketika menjadi tetamu Program Bicara Naratif RTM, di sini, hari ini.
Mohd Radzi, yang juga menteri kanan, berkata walaupun kementerian telah mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran turut diberikan kepada guru untuk menentukan apakah kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.
Katanya, oleh kerana ini merupakan kali pertama PKP dikuatkuasakan, kementerian turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.
Seramai 500,000 responden yang terdiri daripada ibu bapa melibatkan 700,000 pelajar telah mengisi kaji selidik berkenaan terutama mereka yang mempunyai akses internet.
"Hasil dapatan daripada kaji selidik itu, hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah. Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar hanya lima hingga 14 peratus.
"Memang betul ada akses kepada internet tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ini adalah satu kekangan terutama apabila pembelajaran itu terlampau rumit sekali gus menyebabkan kesukaran untuk menyiapkan tugasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 02 2020

Kementerian Pendidikan turut melakukan satu kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet yang digunakan oleh pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.

Lelaki maut ketika mencari siput
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi.

Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

Saluran WiFi Sementara SMA di Sarawak kini siap 50 peratus
Saluran Wifi Sementara (WS) menerusi inisiatif Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) yang bermula awal Februari lalu telah siap 50 peratus.

Majlis Ekonomi Digital bantu selaraskan agensi dan kementerian - Mustapa Mohamed
Adalah wajar bagi EPU membuat serta membentangkan kajian mengenai ekonomi digital negara bagi memudahkan penyelarasan itu.

Dua beradik daki bukit, panjat pokok untuk dapat Internet ikuti kelas dalam talian
Mereka berdua terpaksa mendaki bukit dan memanjat pokok bagi mendapatkan akses Internet di kawasan belakang rumah di Kampung Bukit Tal Tujuh, Jerangau, di sini.

Demi capaian internet, pelajar Lubok Antu redah bahaya hutan belantara
Penutupan sekolah seluruh negara susulan penguatkuasaan PKPB bermula 9 November hingga 6 Disember 2020 memaksa pihak sekolah melaksanakan Home Based Learning.

Kenapa tidak tutup sekolah ketika kes COVID meningkat? Ini jawapan Menteri Pendidikan
Masih ada segelintir pelajar tidak mempunyai akses penuh kepada Internet dan teknologi dalam menjalankan pembelajaran dalam talian.

JENDELA beri liputan internet lebih baik buat rakyat luar bandar, pedalaman Sabah - Saifuddin
Anak muda menggunakan pelbagai platform digital dan situasi akibat COVID-19 menyebabkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat meningkat.

Umnosiswa cadang pembukaan semula IPT diselaras
Kelab tersebut telah mendapatkan 15,985 responden bagi menyampaikan suara mahasiswa mengenai pembukaan semula IPT.

Pasukan petugas khas bincang akses, kualiti internet, caj telco
Jelas Saifuddin Abdullah, COVID-19 mengajar banyak perkara antaranya terdapat kawasan dengan keterhubungan internet masih perlahan.

Sesi pembelajaran melalui TV pendidikan mulai minggu depan - Mohd Radzi
Sesi pembelajaran melalui televisyen pendidikan itu akan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan di negara ini khusus bagi mereka yang tidak mempunyai akses internet.

Akses kepada internet harus jadi hak asasi rakyat Malaysia - Gobind
Sokongan dua pertiga Dewan Rakyat diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mencapai aspirasi itu.