KUALA LUMPUR: Sesi Perbincangan Khas antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-raja Melayu kali kedua telah selesai.

Terdahulu Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi Raja Melayu pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang

Tuanku merupakan Sultan yang kedua tiba pagi ini, selepas Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.

Terdahulu, Perbincangan Khas itu dipercayai bermula pukul 2.30 petang tadi.

BACA LAPOR LANGSUNG: Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu

Beberapa pegawai kanan kerajaan yang dipanggil untuk sesi Sembah Taklimat ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.


Tumpuan | Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu

Turut diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu ialah Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh, dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.

Kesemua mereka dijadual memasuki Pintu Dua Istana Negara antara pukul 12.30 hingga 2 petang.


Tumpuan | Perkembangan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu

Astro AWANI difahamkan Istana Negara akan mengeluarkan kenyataan khusus mengenai sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini.