MALAYSIA
Sesi persekolahan 2026/2027 bermula hari ini di Kedah, Kelantan dan Terengganu
Suasana hari pertama sesi persekolahan 2026 ketika tinjauan di Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar, hari ini. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan 2026/2027 bagi semua sekolah Kumpulan A di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan hampir satu juta murid dan pelajar bermula hari ini dalam keadaan lancar.
Ringkasan AI
Di KEDAH sebanyak 345,259 murid di 753 sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah Abdul Rahim Mat berkata jumlah itu melibatkan 199,208 murid di 548 sekolah rendah dan 146,051 murid di 205 sekolah menengah.
"Seramai 29,004 murid memasuki Tahun Satu dan 28,778 murid memasuki Tingkatan Satu, manakala 30,674 guru telah melaporkan diri pada tahun ini.
"Operasi sekolah di seluruh Kedah setakat ini berjalan lancar. Fokus utama JPN Kedah pada tahun ini adalah menangani isu keciciran dan ketidakhadiran murid, dan kita mahu memastikan semua murid hadir ke sekolah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Setar sempena hari pertama sesi persekolahan 2026.
Sementara itu di KELANTAN sebanyak 333,206 jumlah murid dan pelajar sekolah rendah serta menengah memulakan sesi persekolahan di semua sekolah di seluruh negeri.
Menurut JPN Kelantan, jumah itu melibatkan 204,389 murid sekolah rendah dan 128,817 pelajar sekolah menengah.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan) Kementerian Pendidikan Datuk Wan Hashim Wan Rahim berkata Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Beluru di Tumpat telah dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) yang pertama di negeri itu.
Beliau berkata penaiktarafan daripada kategori K9 sebelum ini melibatkan pelaksanaan penambahan kemudahan secara berfasa bagi menangani isu kepadatan murid tanpa perlu membina sekolah baharu yang memerlukan tempoh lebih lama.
"Kementerian kini memberi tumpuan kepada pembinaan blok tambahan seperti bilik darjah dan kemudahan sokongan yang boleh disiapkan dalam tempoh enam bulan bagi memenuhi keperluan semasa, berbanding pembinaan sekolah baharu yang mengambil masa sehingga tiga atau empat tahun," katanya.
Di TERENGGANU, seramai 256,822 murid dan pelajar di 507 buah sekolah memulakan sesi persekolahan pada hari ini.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) Zainal Abas berkata daripada jumlah itu, seramai 9,528 murid prasekolah, 148,886 murid sekolah rendah di 352 sekolah serta 107,936 pelajar sekolah menengah di 155 sekolah.
Beliau berkata tahun ini merupakan tahun pertama pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu, sekali gus menjadikan murid prasekolah sebagai kumpulan pertama yang melalui kurikulum berkenaan.
"Murid ini juga akan menjadi kohort pertama yang menggunakan kurikulum persekolahan baharu apabila memasuki Tahun Satu pada 2027, selaras dengan pengenalan kurikulum tersebut," katanya.
Zainal berkata murid turut menikmati pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) seawal hari pertama sesi persekolahan, yang penting bagi membantu murid yang tidak sempat atau tidak mengambil sarapan sebelum ke sekolah.
Menurutnya, RMT merupakan satu daripada 18 bentuk bantuan yang disediakan kerajaan kepada murid sekolah dan berperanan membantu membekalkan sebahagian keperluan kalori harian mereka.
Mengikut Kalender Akademik 2026 yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, sesi persekolahan bagi sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bermula esok.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Sesi persekolahan 2026/2027 bagi Kumpulan A di Kedah, Kelantan, dan Terengganu bermula lancar, melibatkan hampir satu juta murid dan pelajar.
- JPN Kedah menekankan isu keciciran dan ketidakhadiran murid sebagai fokus utama, dengan 345,259 murid di 753 sekolah memulakan sesi persekolahan.
- Kementerian Pendidikan menaik taraf SMK Pulau Beluru di Kelantan sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif 11 (K11) tanpa pembinaan sekolah baru, memfokuskan kepada penambahbaikan kemudahan sedia ada.