PENDANG: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneruskan sesi persekolahan secara bersemuka di kesemua negeri yang berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga cuti penggal yang dijadualkan bermula pada hujung minggu ini (10 Disember).
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, keputusan yang dibuat itu selaras dengan ketetapan KPM sebelum ini meskipun menerima cadangan daripada banyak pihak agar sesi persekolahan ditutup lebih awal.
Beliau berkata, keputusan untuk menutup mana-mana sekolah juga hanya boleh dibuat berdasarkan saranan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas penilaian risiko penularan COVID-19 di sekolah terlibat dilaksanakan.
Dalam masa sama, Radzi turut memaklumkan, kes aktif positif COVID-19 membabitkan pelajar ketika ini adalah sekitar 200 hingga 250 orang berbanding jumlah keseluruhan pelajar yang hadir ke sekolah iaitu sekitar 4.5 juta orang.
"Secara umumnya kita lihat di dalam konteks kita bergerak ke fasa endemik, kita tahu ada kes di luar sana, itu tak dapat dielakkan.
“Namun dalam konteks data yang kita ada, jumlah (pelajar positif COVID-19) adalah jauh lebih rendah daripada jumlah keseluruhan murid… jadi kita perlu lihat bahawa kita hendak bergerak ke fasa endemik, ini (tetap) akan berlaku.
"Tetapi dengan SOP (prosedur operasi standard) yang ada, kita cuba kawal daripada berlaku penularan dengan lebih besar atau banyak dan Insya-Allah sesi persekolahan akan berterusan hingga akhir penggal ini,” jelas beliau.
Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Akademi Sains Pendang di Jalan Jenun di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, mengulas mengenai masalah keciciran dalam kalangan pelajar, beliau berkata, sesi persekolah yang dijalankan secara bersemuka mampu menjadi langkah terbaik dalam meminimumkan masalah berkenaan.
"Dalam konteks ini saya sentiasa tekankan persekolahan secara bersemuka perlu dilaksanakan sebab cara itu dapat tahu sebarang masalah berkaitan murid dengan lebih dekat (dan) intervensi dapat dibuat dengan lebih awal selain keciciran dapat diminimumkan,” tambah beliau.
Menurut Radzi juga, sekalipun pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan ketika sekolah ditutup untuk tempoh yang panjang, namun, hal yang tidak boleh dinafikan ialah perasaan pelajar yang ‘renggang’ dengan sesi persekolahan.
“Sebab (itu) walaupun ramai kata jangan dibuka dulu (sekolah), kita sudah bincang bahawa amat penting sekolah dibuka dan lihat apa intervensi perlu dilaksanakan supaya anak-anak (kembali) 'rapat' dengan sistem persekolahan,” tegas Radzi lagi.
Terdahulu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyatakan rasa terkejutnya dengan jumlah pelajar yang berhenti sekolah semenjak Mac 2020 sehingga Julai 2021 iaitu seramai 21, 316.
Maszlee turut mendoakan agar negara dan bangsa dapat diselamatkan daripada ketidaktentuan masa hadapan serta kebobrokan para penguasa yang jadong.
Abd Hadi Che Awang
Sun Dec 05 2021

Sesi persekolahan secara bersemuka diteruskan di kesemua negeri yang berada di dalam Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara sehingga cuti penggal bermula hujung minggu ini (10 Disember), kata Radzi Jidin. - Gambar fail Astro AWANI

LKE Musang Queen, program legasi perkongsian durian patuh syariah pertama di Malaysia
LKE Musang Queen menyediakan platform bagi rakan kongsi mengakses pasaran durian melalui tanah pegangan bebas.

HRD Corp jalin kerjasama strategik dengan Johns Hopkins University
Kerjasama tersebut merangkumi penyediaan program latihan kemahiran khususnya dalam bidang teknologi tinggi dan terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI), dan teknologi 5G.

Dakwaan kelemahan sistem pengundian parti, JPP PKR ambil serius teguran Rafizi
Sistem aplikasi ADIL yang digunakan untuk pemilihan kali ini mempunyai pelbagai ciri sekuriti untuk mengurangkan sebarang kemungkinan manipulasi dan penipuan.

Bailout untuk Sapura? Sudah-sudahlah guna 'angsa emas' Petronas - Ahli Ekonomi
Nungsari berkata Petronas harus menyumbang kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk menjamin kewangan negara untuk generasi akan datang.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967298/thumbnails/32572378951652746951724_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [17 Mei 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba Kes dera kanak-kanak tiga tahun, kontraktor sambilan ditahan #AWANInews

Amirudin yakin menang kerusi Naib Presiden PKR
Katanya, walaupun pemilihan PKR masih di peringkat awal, namun maklum balas diterima memberangsangkan.

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Sesi persekolahan tanpa sistem penggiliran bermula esok - Radzi
Sesi persekolahan kembali seperti sediakala tanpa menggunakan sistem penggiliran bermula esok, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Tiada lagi penggiliran di sekolah bermula 17 April - Radzi
Pelajar sekolah rendah dibenarkan untuk kembali ke sesi persekolahan tanpa penggiliran bermula 17 April ini.

Sekolah terjejas banjir di Pasir Mas terima pelajar semula
Ibu bapa dan penjaga yang mengiringi serta menghantar kanak-kanak itu tetap bersemangat pada sesi pembukaan kalendar baharu persekolahan.

Sesi persekolahan kalendar baharu bermula hari ini
Sesi persekolahan tahun ini dilanjutkan sehingga 20 Mac 2022, bermula 2 Januari 2022 bagi kumpulan A dan 3 Januari untuk kumpulan B.

Pelajar Tahun Satu pesakit kronik teruja mula sesi persekolahan
Nur Jannah Nazirah terpaksa menggunakan papan luncur untuk bergerak akibat menghidap sakit tulang belakang kronik sejak lahir.

COVID-19: Kebanyakan jangkitan babitkan kes di luar sesi persekolahan - Radzi Jidin
Beberapa kes jangkitan yang dikesan berlaku setakat ini adalah membabitkan kes jangkitan di luar sesi persekolahan.

Murid sekolah dibenarkan buat ujian kendiri di rumah - Radzi Jidin
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membenarkan murid sekolah rendah menjalani ujian saringan kendiri COVID-19 di rumah masing-masing bermula minggu ini.

Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi
Keseluruhannya, 4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022.

Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal
Ibu bapa juga beri reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas secara dalam talian.

Lebih 300 sekolah seluruh negara terjejas akibat banjir
Sekolah yang masih belum dibuka disebabkan masih digenangi air, dijadikan pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan.