Sesi Persekolahan: Transformers datang sekolah? Inisiatif guru beri keceriaan buat murid

Fareez Azman
Mac 1, 2021 02:25 MYT
Dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee memberi keceriaan buat murid di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bharu, Kelantan pada hari pertama sesi persekolahan. - Foto Twitter/@k_izzuddin
KUALA LUMPUR: Sesi Persekolahan bagi tahun 2021 bermula hari ini bagi murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Dua di seluruh negara.
Persekolahan kelaziman baharu ini menyaksikan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dijalankan dari pintu pagar sekolah sehinggalah sesi pengajaran dan pembelajaran.
Di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3, Kota Bahru, Kelantan pula menyaksikan guru-guru mengambil inisiatif dengan menampilkan dua robot Transformers, Optimus Prime dan Bumblebee bagi memberi keceriaan buat murid melangkah masuk ke sekolah.
Video berdurasi 18 saat dikongsi menerusi ciapan twitter M.K Izzuddin itu tular di laman sosial menunjukkan kedua-dua robot terbabit menyambut ketibaan murid ke sekolah.

Nahh siap ada transformers lagi ni untuk sambut budak masuk sekolah. Hebakk Lokasi: SK Kubang Kerian 3 pic.twitter.com/3gEL0rbaAS

— M.K Izzuddin (@k_izzuddin) March 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sudah tentu inisiatif guru-guru ini perlu diberi pujian, meskipun pandemik COVID-19 masih melanda negara, namun semangat setiap guru untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka tidak pernah luntur.
Syabas dan tahniah kepada guru serta petugas sekolah di seluruh negara!
#COVID-19 #guru #sekolah #Sesi Persekolahan tahun 2021 #Pandemik COVID-19 #murid #prasekolah #Tahun 1 dan 2 #Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 #Kelantan #KPM #Kementerian Pendidikan