KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan untuk menjawab soalan daripada para wakil rakyat dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, hari ini.
Buat julung kalinya, sesi pertanyaan kepada Perdana Menteri akan diadakan di Dewan Rakyat selama satu jam.
"InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.
"Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sesi PMQ mula dilaksanakan pada mesyuarat kali ini yang dibuka semalam, antara pembaharuan yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sebelum ini dilaporkan berkata, untuk permulaan, sesi itu akan dilaksanakan secara ujian rintis pada setiap Selasa.
Pada Selasa, Perdana Menteri menjawab soalan yang ditujukan kepada beliau dan pada Khamis ialah sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat tersebut.
Mengikut takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung mulai 13 Feb hingga 30 Mac dan diikuti persidangan Dewan Negara pada 21 Mac hingga 6 April.
Belanjawan 2023 dijadual dibentangkan Anwar yang juga Menteri Kewangan di Parlimen pada 24 Feb ini.
Afiezy Azaman
Tue Feb 14 2023
ANWAR: InsyaAllah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Istiadat pembukaan Parlimen, Belanjawan 2023 tumpuan sidang kali ini
Sidang kali ini tertumpu kepada perbahasan Titah Diraja mulai 15 Feb dan pembentangan semula RUU Perbekalan 2023 yang dijadual pada 24 Feb.