Sesiapa yang langgar Perintah Kawalan Pergerakan boleh ditahan - KPN

Fareez Azman
Mac 17, 2020 11:03 MYT
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa. Gambar: Astro AWANI
Rakyat yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac depan, akan ditahan dibawah Akta 574 Kanun Keseksaan.
Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membendung pergerakan di seluruh negara sekali gus dalam usaha membendung penularan pandemik COVID-19.
"Perlu saya ingatkan disini, sebarang bentuk pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 sehingga 31 Mac depan, ada beberapa kesalahan jenayah boleh diambil dibawah Kanun Keseksaan Akta 574.
"Pertama dibawah Seksyen 186, iaitu menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja. Keduanya, Seksyen 188 dimana pesalah mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam tadi.
"Ketiga cuai sehingga menyebabkan jangkitan boleh mengakibatkan bahaya kepada nyawa dan keempat, mengingkari aturan kuarantin itu tadi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada petang Selasa.
#bendung #Bukit Aman #COVID-19 #IGP #interstate #Kanun Keseksaan #koronavirus #Kuala Lumpur #Media #Muhyiddin Yassin #PDRM #Perdana Menteri #perintah kawalan pergerakan #Polis Diraja Malaysia