WASHINGTON: Presiden Joe Biden pada Khamis mengeluarkan amaran tegas mengenai ancaman berterusan terhadap demokrasi Amerika Syarikat (AS), memperkukuhkan hujah utama dalam potensi persaingannya dengan Donald Trump, yang dituduh Biden cuba 'memusnahkan' institusi asas negara itu.
"Sesuatu yang berbahaya berlaku di Amerika sekarang. Ada gerakan ekstremis yang tidak berkongsi kepercayaan asas demokrasi kami: gerakan MAGA," kata Biden di Arizona.
"Tidak dipersoalkan lagi Parti Republik hari ini dikawal dan dicekam oleh ekstremis Republik MAGA," katanya, menggunakan singkatan bagi gerakan politik Trump.
"Agenda ekstrem mereka, jika dilaksanakan, akan mengubah institusi demokrasi Amerika seperti yang kita tahu," tegas beliau lagi.
Ketika Trump yang juga bekas Presiden AS sedang berhadapan dengan pelbagai tuduhan di mahkamah, Biden sepanjang masa kekal berdiam diri, berhati-hati untuk tidak kelihatan campur tangan dalam urusan Jabatan Keadilan.
Jika ada sekalipun, komen substantif beliau mengenai isu undang-undang Trump adalah komen sinis tentang gambaran wajahnya dalam kes di Fulton County, Georgia.
Menghentikan penghakisan institusi dan nilai-nilai demokratik merupakan asas kepada keputusan Biden untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada tahun 2020.
Dan asas itu sekali lagi akan menjadi teras kempen pilihan raya Biden kali ini, kata pegawai beliau, seraya menegaskan kempen juga akan meyakinkan pengundi dan penyumbang mengenai pemilihan semula beliau sebagai Presiden AS.
"Melindungi demokrasi terus menjadi tumpuan utama Presiden Joe Biden,” kata seorang pegawai kanan di White House. - Agensi
Agensi
Thu Sep 28 2023
Joe Biden mengeluarkan amaran tegas mengenai ancaman berterusan terhadap demokrasi Amerika Syarikat, memperkukuhkan hujah utama dalam potensi persaingannya dengan Donald Trump, yang dituduh Biden cuba 'memusnahkan' institusi asas Amerika.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah?
Antara kandungan utama ialah Hezbollah dan tentera Israel diberi masa 60 hari untuk menamatkan kehadiran bersenjata mereka di selatan Lubnan.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Presiden Amerika ucap Selamat Hari Raya AidilAdha
Biden turut mendoakan semua jemaah yang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci memperoleh haji mabrur.
PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun
Fumio Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington.
AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine
Pengumuman pakej senjata baharu untuk Ukraine itu dibuat selepas berbulan AS beri amaran tiada lagi wang yang tinggal.
Netanyahu "lebih menyakitkan daripada membantu" - Presiden AS kritik PM Israel
Netanyahu mesti beri lebih perhatian kepada nyawa (orang awam) yang tidak bersalah, yang terkorban akibat daripada tindakan yang diambil.
Joe Biden arah tentera AS bina pelabuhan sementara di Gaza
Pelabuhan sementara itu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke wilayah terkepung melalui laut.
Biden gesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza
AS akan bekerjasama dengan sekutunya untuk menghentukan pertempuran, bebaskan tebusan dan tingkatkan bantuan kemanusiaan.
Perang Palestin-Israel: Raja Abdullah gesa gencatan senjata kekal, Biden pula sebaliknya
Keretakan terbuka antara Biden dan Raja Abdullah menggariskan keseimbangan diplomatik halus yang dihadapi Presiden ketika perang di Gaza memasuki bulan kelima.
Wakil Tinggi EU gesa AS henti hantar senjata kepada Israel
Nasihat Borrell, jika Joe Biden sendiri yakin terlalu ramai dibunuh di Gaza, maka kurangkan pemberian senjata kepada Israel.