KUALA LUMPUR: Sebanyak 351 projek sakit dan terbengkalai dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM32.87 bilion berjaya diselesaikan dan dipulihkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sepanjang setahun pentadbiran kerajaan Madani.
Berdasarkan Kad Laporan KPKT 2023, projek melibatkan 43,738 unit perumahan swasta itu berjaya dipulihkan Task Force Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) setakat 31 Okt lepas.
Menurut kad laporan itu, RM1 bilion diperuntukkan menerusi Belanjawan 2024 bagi menggalakkan pemaju berwibawa memulihkan projek-projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang telah dikenal pasti.
Selain itu, sebanyak 110 unit lif di perumahan awam berstrata kos rendah di sekitar Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Pulau Pinang telah dibaik pulih dan sebahagiannya diganti baharu yang akan memberi manfaat kepada 22,648 penghuni.
KPKT memperuntukkan RM50 juta bagi inisiatif penyelenggaraan dan penggantian lif-lif usang di Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam dengan semua projek dijangka siap pada bulan ini dan tahun depan secara berperingkat.
KPKT melalui Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) juga berjaya menyiapkan 35,454 unit kediaman di seluruh negara hingga 31 Okt lepas sementara 261,901 unit rumah mampu milik siap dibina dan dalam fasa pembinaan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk tempoh hingga 30 Jun lepas.
Kad laporan itu menyebut KPKT melalui Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK) juga membaik puliih 2,000 unit rumah daif di bandar, manakala 16 unit rumah baharu dibina pada tahun ini menerusi Bahagian Kesejahteraan Komuniti (BSK).
Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam satu hantaran video menerusi Facebooknya berkata KPKT menyediakan 3,209 unit MyKiosk melibatkan peruntukan RM50 juta bagi meningkatkan sosioekonomi penjaja dan peniaga kecil.
Beliau berkata KPKT turut memperkenalkan inisiatif tandas BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) dengan RM9.46 juta diluluskan untuk membaik pulih dan menaik taraf 153 tandas awam di seluruh negara pada tahun ini.
Nga berkata KPKT menyalurkan peruntukan RM50 juta bagi 433 projek menyelenggara dan membaik pulih rumah-rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara.
Dalam aspek memperkasakan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), beliau berkata KPKT telah melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulans pertama negara iaitu EMARS (Emergency Air Ambulance Rescue Services) pada tahun ini.
Selain itu, sebanyak empat balai bomba baharu di Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sarawak telah dibina, manakala dua balai bomba di Negeri Sembilan dan Sabah dinaik taraf bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
KPKT melalui Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berjaya menyiapkan 35,454 unit kediaman di seluruh negara hingga 31 Okt lepas - Gambar hiasan/Bernama
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Setahun Kerajaan Madani: Pulih 351 projek sakit, terbengkalai antara kejayaan KPKT
Sebanyak 351 projek sakit dan terbengkalai dengan nilai GDV berjumlah RM32.87 bilion berjaya diselesaikan dan dipulihkan KPKT.