awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
04:36 MYT
Setakat 12 tengahari, mangsa banjir di PPS Serian tinggal 415 orang
Keadaan banjir di Serian beransur pulih dengan jumlah PPS yang masih beroperasi kini hanya tinggal dua berbanding tiga pada pagi tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) Serian kini hanya tinggal 415 orang melibatkan 124 keluarga.
Ia perkembangan positif berbanding 569 daripada 166 keluarga pada pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS), dalam kemas kini jam 12 tengah hari tadi memaklumkan tiga PPS telah ditutup iaitu PPS Dewan Kpg Rimba Padi, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh dan PPS Dewan Balek Buk Janjun.
Ini menjadikan hanya dua PPS yang masih beroperasi iaitu PPS SK Tanah Puteh, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh dan PPS Dewan Masyarakat Serian.
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Tanah Puteh tidak berubah iaitu 341 orang daripada 101 keluarga.
Manakala di PPS Dewan Masyarakat Serian, jumlah mangsa sama seperti pagi tadi iaitu 74 orang daripada 23 keluarga.
JPBNS akan terus memantau perkembangan terkini banjir di Sarawak dan butiran mengenainya akan dikemas kini setiap empat jam.
Kemaskini terbaharu mengenai jumlah mangsa banjir di Serian. - Sumber: JPBN Sarawak
Kemaskini terbaharu mengenai jumlah mangsa banjir di Serian. - Sumber: JPBN Sarawak
Topic Berkaitan
#banjir
#Sarawak
#mangsa banjir
#pusat pemindahan
#mangsa
#PPS
#Serian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan