awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setengah juta warga KL, Selangor tiada air

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2013
16:22 MYT
Setengah juta warga KL, Selangor tiada air
Lebih setengah juta penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Gombak, Selangor terputus bekalan air sejak Khamis selepas paip pecah dekat Kampung Melayu Batu Caves, Gombak pada Rabu malam.
Paip itu membekalkan air kepada kira-kira 90,000 akaun pengguna di 82 buah kawasan.
Antara kawasan yang terlibat termasuk Batu Caves, Keramat, Ampang, Pandan dan Cheras.
SYABAS dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa ia telah menggerakkan bantuan ke kawasan terlibat termasuk mengirimkan lori tangki dan menempatkan tangki air statik.
Bantuan berkenaan disalurkan secara berperingkat bagi meringankan kesulitan pengguna.
"SYABAS menganggarkan tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada (Jumaat)," kata kenyataan itu.
Bekalan air ke kawasan terlibat pula dijangka akan pulih secara berperingkat antara 4 hingga 5 hari selepas kerja membaiki paip siap sepenuhnya.
Sementara itu, orang ramai mengeluh kerana keadaan yang sulit itu namun ada juga melihatnya secara dengan positif malah ada juga yang berjenaka.
Lembah jaya utara @1ampang takde air, lagiiiiiiii
— kin ᵔᴥᵔ (@ashikinmustapa) April 11, 2013
Mohon pihak #syabas baiki paip pecah secepat yang mungkin!!!
— Mas Merah(@maszwati) April 11, 2013
Stop complaining bout takde air.. Takde kene mengena dgn politik. Sila fahami maksud paip pecah..
— elle iman (@nurelleiman) April 11, 2013
Nasib baik da pindah dri @1ampang , kalau tak msti tension asyik xde air je .. Huhue ;p
— nonie chan (@ciknonie) April 11, 2013
kata mama, selalu Allah bagi kita air , sekali sekala dia uji kita dengan paip pecah :) sabar sebab ada hikmah , that's my mom :)
— Zainul Arifin Ilias (@zaxxshoxx) April 11, 2013
Tak ada air,esok tak yah pergi sekolah.Muahahaha
— ☆Δ1D☆❤ (@nurul_ashila) April 11, 2013
Sedih rumah tak ada air. Nasib baik mak aku dah isi air. Kalau tak esok pergi sekolah dengan air liur basi bertepek dekat muka hahaha.
— Syαmirα. (@Syamiranoramiza) April 11, 2013
Dalam pada itu, SYABAS meminta orang ramai menggunakan air dengan berhemah dan mengelak daripada pembaziran sepanjang tempoh gangguan.
Topic Berkaitan
#air
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan