awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2025
03:10 MYT
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Pihak pengurusan turut menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh ini. - Gambar hiasan/Setia City Mall
KUALA LUMPUR: Setia City Mall kembali beroperasi seperti biasa hari ini selepas insiden tembakan yang berlaku pada malam Sabtu.
Menerusi satu kenyataan pada Ahad, pusat beli-belah berkata ia menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
“Kami menyedari insiden yang malangnya telah berlaku di Setia City Mall pada malam tadi.
“Keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung, penyewa, serta kakitangan kami adalah keutamaan utama,” katanya dalam satu kenyataan.
Pihak pengurusan turut menghargai kesabaran dan kerjasama semua pihak sepanjang tempoh ini.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai satu kejadian tembakan yang dikatakan berlaku di sebuah kedai emas di dalam sebuah pusat-beli belah di Setia Alam malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan tersebut.
Polis mengenal pasti seorang suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an.
Tambah beliau, pihak polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Topic Berkaitan
#setia city mall
#operasi semula
#keselamatan
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan