MALAYSIA
Setiap hari KKM beri nasihat patuh SOP, sedih lihat keadaan begini - KP Kesihatan
Noor Hisham zahir rasa terkilan kerana hampir setiap hari KKM ingatkan rakyat untuk patuh SOP. - Foto BERNAMA
'Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri'
Itu luahan kecewa Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada Selasa.
Beliau menzahirkan rasa terkilan kerana hampir setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khususnya penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.
"Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.
"Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri," luahnya.
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#operasi
#penjarakan sosial
#prosedur operasi standard
#rakyat
#SOP
#Twitter