Setiap penjawat awam perlu bersedia untuk bersara wajib apabila tiba masanya, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata waktu itu tiba apabila mereka mencapai usia 60 tahun.
"Apabila usia mencecah 60 tahun, itu adalah usia untuk bersara wajib daripada perkhidmatan. Jadi semua memang patut bersedia untuk pencen pada usia itu," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini, pada Jumaat.
Khalid ditanya mengenai laporan yang menyatakan beliau akan melanjutkan tempoh perkhidmatannya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekalipun dijadualkan bersara wajib bulan depan.
Beliau sebelum ini mengesahkan akan bersara pada September.
Berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM, Khalid menyertai pasukan itu sebagai inspektor pada 5 Dis 1976 dan dilantik sebagai ketua polis negara pada 17 Mei 2013.
Ditanya mengenai perancangannya selepas bersara, Khalid berkata ketika ini beliau sedang mengikuti kelas memasak.
"Saya masuk kelas ini untuk kembangkan minat dalam bidang memasak... setakat ini saya hanya pandai masak telur," katanya dalam nada gurauan.
Mengenai lawatan kerjanya hari ini, Khalid berkata ia lawatan biasa yang dilakukan oleh pegawai kanan polis yang akan bersara termasuk ketua polis negara.
"Saya tidak dapat lawat semua kontinjen, jadi saya lawat kontinjen yang saya pernah berkhidmat... macam Negeri Sembilan saya pernah berkhidmat sebagai ketua polis negeri, saya juga berasal dari Negeri Sembilan.
"Selepas ini, saya akan lawat kontinjen Kedah kerana di situ juga saya pernah berkhidmat sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik," katanya.
Dalam pada itu, Khalid turut berterima kasih kepada media cetak dan elektronik yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama kepadanya.
"Terima kasih kepada pihak media termasuk media elektronik yang sentiasa sokong saya... walaupun ada sesetengah media elektronik yang kerap mengkritik saya, tetapi saya anggap itu sebagai cabaran," katanya.
Khalid juga mengingatkan pihak media agar sentiasa melaporkan berita berdasarkan fakta dan bukan berlandaskan andaian serta ulasan sendiri.
--BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2017
KHALID: Saya tidak dapat lawat semua kontinjen, jadi saya lawat kontinjen yang saya pernah berkhidmat. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Bekas pemain sayap Manchester United Nani umum persaraan
Nani menyertai United pada 2007 dan membuat 230 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan 41 gol.
Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanaka
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Apabila tiba masanya, saya akan bersara - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo berkata dia tiada niat untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa buat ketika ini.
Ronaldo sasar ledak 1,000 gol sebelum bersara
CRISTIANO Ronaldo meletakkan sasaran luar biasa dalam kariernya sebelum bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Cristiano Ronaldo beri bayangan bersara di Al-Nassr
Al-Nassr mungkin menjadi kelab terakhir dalam karier Cristiano Ronaldo sebelum bersara.
'Boleh jadi model kalau bersara main badminton'
Zii Jia tampil di atas pentas dengan menggayakan jaket berwarna biru, kemeja-T putih serta berseluar pendek.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
Penerjun British, Tom Daley umum bersara
Pemenang pingat Sukan Olimpik sebanyak lima kali, Tom Daley, mengesahkan persaraannya daripada sukan terjun.
Olimpik Paris 2024: Andy Murray gantung raket sejurus perjuangan berakhir
Andy Murray menutup kariernya sebaik perjuangannya dengan Dan Evans dalam Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir.