Skip to main content

Malaysia

Setiausaha Politik Anthony Loke buat laporan polis terhadap Chegubard

KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook (tengah) bercakap pada sidang media selepas menyampaikan edaran pek Hari Raya Aidilfitri 2026 kepada penumpang KTMB di Stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Laporan polis itu susulan hantaran di Facebook Chegubard yang bertajuk “Anthony Loke perlu disiasat atas membiayai entiti haram-Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.” - Gambar fail

SEREMBAN: Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini membuat laporan polis terhadap Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard kerana membuat hantaran media sosial yang didakwa berunsur fitnah terhadap pemimpin itu berkaitan institusi undang.

Laporan itu dibuat oleh Ho Weng Wah di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 12 tengah hari tadi susulan hantaran di Facebook Chegubard yang bertajuk “Anthony Loke perlu disiasat atas membiayai entiti haram-Majlis Dato Lembaga Adat Sungei Ujong.”

Advertisement

"Hantaran tersebut mengandungi tuduhan Anthony telah menyalurkan peruntukan dana dalam jumlah besar kepada sebuah entiti yang didakwa sebagai haram serta mengaitkan perkara itu dengan kekacauan institusi diraja di negeri ini.

"Kenyataan dan hantaran yang dibuat oleh individu berkenaan diyakini turut menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang berpotensi mencetuskan ketegangan serta memecahbelahkan masyarakat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Weng Wah berkata tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan penyebaran maklumat palsu dan fitnah, khususnya yang melibatkan isu sensitif 3R dapat dibendung demi keharmonian dan kestabilan negara.

Beliau berkata pihak polis perlu menjalankan siasatan terhadap hantaran tersebut yang dipercayai melanggar beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 505 dan 499 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video