awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah

Bernama
Bernama
25/07/2023
11:49 MYT
Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah
Abdullah Izhar berkata laporan itu dibuat bagi memohon pihak PDRM untuk segera menyiasat akaun Facebook Sir Azri serta lelaki yang memfitnah kerajaan dalam video itu. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau "Sir Azri" susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.
Laporan itu dibuat Abdullah Izhar Mohamed Yusof pada 11.12 pagi tadi di Balai Polis Pantai susulan satu video berdurasi 3.24 saat di Facebook oleh Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai "Papagomo" yang didakwa telah memfitnah dan memburukkan kerajaan dengan menyatakan insiden 'The 1975' itu dirancang oleh kerajaan.
Abdullah Izhar dalam kenyataan hari ini berkata laporan itu dibuat bagi memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk segera menyiasat akaun Facebook Sir Azri serta lelaki yang memfitnah kerajaan dalam video itu.
"Saya juga memohon pihak PDRM menyiasat semua platform media sosial milik Sir Azri untuk memastikan tiada sebarang fitnah dan berita palsu disebarkan kepada rakyat Malaysia.
"Perbuatan tersebut hanya akan menggugat keamanan serta keharmonian kaum dan agama," katanya.
Dalam video itu, terdapat perbualan antara pemilik akaun Facebook berkenaan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya bekas kru penganjur konsert terbabit.
Kenyataan itu turut memaklumkan pihak Cawangan Khas telah mendapatkan keterangan pengadu dan laporan itu dibuat bagi menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah yang dilakukan oleh individu terbabit.
Pengadu dilaporkan telah melihat hantaran Facebook berkenaan pada pukul 5.51 petang di Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, semalam.
Mengulas mengenai insiden "The 1975", beliau berkata kerajaan telah mengambil langkah serta merta dengan membatalkan festival berkenaan namun isu itu dimanipulasi serta dijadikan platform oleh segelintir pihak yang bermotifkan politik demi menjatuhkan pihak kerajaan.
"Justeru itu, pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook dikenali 'Sir Azri' atau 'Papagomo' agar ia tidak dijadikan ikutan kepada pihak lain dalam memfitnah kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Papagomo
#Festival Good Vibes
#The 1975
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan