awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shafee Abdullah layak kendali AICHR - Anifah

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2015
07:07 MYT
Shafee Abdullah layak kendali AICHR - Anifah
Anifah berkata, pelantikkan Shafee itu berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan dan hak asasi manusia.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah layak untuk mewakili Malaysia mempengerusikan Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR), kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Anifah berkata, pelantikkan Shafee itu berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang perundangan dan hak asasi manusia.
“Sebagai sebuah negara yang menggalas tugas kepengerusian yang melibatkan pelbagai negara anggota, ia bukanlah satu tugas yang mudah.
"Penglibatan Shafee semenjak terzahirnya Terma Rujukan AICHR pada 2009 memberikan beliau kelebihan dalam mengendalikan dan mengemudi Kepengerusian AICHR sepanjang 2015.
"Hal ini kerana, beliau mempunyai 'institutional memory' terhadap isu-isu yang telah dan sedang dibincangkan oleh AICHR, selain kepakaran dan pengalaman sedia ada," kata Anifah dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Katanya, kelebihan yang ada pada Shafee merupakan satu nilai tambah kepada kerajaan sekaligus dapat membantu Malaysia menerajui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti AICHR bagi tahun 2015, antaranya Pelan Kerja 5 Tahun AICHR 2016-2020.
Anifah berkata demikian menjawab soalan soalan ahli Parlimen DAP-Batu Kawan Kasthuriraani Patto yang meminta Kementerian Luar menjelaskan kelayakan serta kepakaran Shafee atas lantikan beliau sebagai wakil Malaysia bagi AICHR.
Topic Berkaitan
#Muhammad Shafee Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan